Monday, September 10, 2007

Dialek Bakong

Kaum Bakong merupakan kaum yang minoriti sekali di negeri Sarawak. Kaum Bakong tinggal di daerah kecil Beluru, iaitu sebuah pekan yang terletak kira-kira 65km dari Bandaraya Miri. Mereka mempunyai dialek yang istimewa, kerana tidak ramai yang tahu atau mengertinya. Saya pernah berbual-bual dengan sepupu saya di suatu majlis hanya kami berdua sahaja daripada kaum Bakong. Rakan-rakan sebelah terus bertanya, "dialek apa yang kamu berdua cakap tu?." Dalam hati saya, ada juga orang belum tahu adanya kaum Bakong di negeri ini. Di sini saya bagi contoh :

ma'ang - makan

mesap - minum

lakau - jalan

Sunday, September 9, 2007

Belajar

Belajar pada usia tua amat sukar dialami. Namun semangat kental pasti akan membawa kejayaan. Belajar dan bekerja pada satu masa merupakan tugas yang amat berat. Sesiapa yang berminat hendak meningkatkan ilmu mereka pada usia tua patut diberi pujian. Mereka pada usia begini patut menjadi pendorong kepada anak-anak muda yang kebanyakannya tidak mementingkan pelajaran. Saya amat terdorong apabila mengetahui ada orang yang sudah lanjut usiapun masih gah untuk belajar.