Kaum Bakong merupakan kaum yang minoriti sekali di negeri Sarawak. Kaum Bakong tinggal di daerah kecil Beluru, iaitu sebuah pekan yang terletak kira-kira 65km dari Bandaraya Miri. Mereka mempunyai dialek yang istimewa, kerana tidak ramai yang tahu atau mengertinya. Saya pernah berbual-bual dengan sepupu saya di suatu majlis hanya kami berdua sahaja daripada kaum Bakong. Rakan-rakan sebelah terus bertanya, "dialek apa yang kamu berdua cakap tu?." Dalam hati saya, ada juga orang belum tahu adanya kaum Bakong di negeri ini. Di sini saya bagi contoh :
ma'ang - makan
mesap - minum
lakau - jalan